Kerjaya Rudy Imran Shamsudin

Rudy Imran berpengalaman sebagai wartawan selama 26 tahun dan pernah berkhidmat dengan akhbar Utusan Malaysia, Bacaria, Harian Watan dan majalah Hai. Beliau menyertai Harian Metro pada 2004 sebagai wartawan hiburan dan telah berkhidmat selama 15 tahun menamatkan kerjayanya di akhbar itu pada 2019.[3][4]

Sebagai penulis lirik, pencapaian terbaik Rudy yang turut dikenali dengan nama pena Iman Imran menerusi lagu "Lelaki Teragung" nyanyian Dayang Nurfaizah yang menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL).[3]

Beliau turut menulis lirik "Di Pintu Syurga" (Dayang Nurfaizah), "Hey! Kau" (Sandra Dianne) dan "Nyawa & Raga" (Sarah Suhairi). Selain itu, Rudy juga pernah menghasilkan novel yang diinspirasikan daripada kisah-kisah cinta artis tanah air berjudul Menangkah Cinta?.[3]

Rudy Imran juga ialah ahli Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Malaysia (MACP).[5] Beliau juga turut menulis skrip filem Ada Apa Dengan Dosa (2020) arahan Rahila Ali.